nuffnang

31 Disember 2009

YAA...TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA PENGUNDI BN DAN PR SERTA BEBAS

SEMUA ORANG SUDAH TAU, KENAIKAN PERTAMA TAHUN DEPAN IALAH GULA...
DAN AKAN DATANG BIL ELETRIK...

RASIONALNYA?...
TAK TAHU...
KALAU DULU SEBAB MINYAK, MUNGKIN KINI SEBAB MENTERI2 BN YG DAH TAK BERDUIT DAH NAIK DARAH...NAK BUAT PROJEK PUN SUSAH...
MUNGKIN ITU SEBAB KENAIKAN...
NAK KATA PENGELUAR TEBU NAIKKAN HARGA, TAK TAU LAA...

YAA...
TEA O AKAN NAIK HARGA...
PEMBEKAL AYAM YANG MINUM TEA O AKAN NAIKKAN HARGA AYAM KERANA HARGA TEA O NAIK...
DAN BEGITU LAA SETERUSNYA...

DAN PASTINYA, KENAIKAN INI TIDAK SAMA SEKALI MEMBEBANKAN...

sumber ini

28 Disember 2009

YA...MEMANG BOLEH!!

kalau budak-budak yang tak nak gi PLKN pun boleh diwajibkan pergi menjalani latihan tu, kenapa tak boleh wajibkan ini

TAK STABIL?

komen saya berkenaan artikel ini ...

bangunan petronas stabil taK?...
roket NASA stabil tak?
toyota alphard stabil tak?
burj dubai stabil tak?


ingat laa sket...
engineer dan pereka kenderaan bersusah payh pk nak hasilkan kenderaan yg stabil...
senang2 jer kita kata bas tak stabil...
bila kita belajar buat bas?...hatta senarai benda tinggi yg saya senaraikan kat atas tu?

23 Disember 2009

LAGI MODEL EKONOMI...

bercakap sebagai seorang perdana menteri di malaysia tak sudah2 dengan pembangunan...
bukan aku kata tak nak, tapi benda ni tak sudah2...
dengan hasil mahsul bumi malaysia yg banyak, tak sepatutnya soal pembangunan jadi tajuk utama...
soalnya kerajaan kita salahguna duit negara...
banyak kehilangan duit negara berlaku...
dari segi pembelian peralatan kerajaan, kerugian projek2...semuanya kerana, setiap apa yg mereka lakukan hanya untuk undi dan mengenyangkan perut sendiri...

santai lagi tentang ekononmi di sini

22 Disember 2009

PERUT MEREKA MULA PECAH

segala tembelang mula menghadirkan bau busuk yang kian tidak tertahan...
namun rakyat sedang dikerah untuk bekerja keras untuk memberi laba kepada kerajaan...

suka aku baca entry ini dan ini ...

mungkin ada dikalangan sahabat kata aku suka lihat melayu jatuh...
namun sebetulnya aku suka tengok umno jatuh...

aku ingin hidup lebih baik...
aku ingin matiku lebih bermakna...

jawapan untuk kedua2nya ialah

JATUHKAN UMNO!!

19 Disember 2009

PELIK KE TAK??

kat malaysia ni selalu jadi benda yg tak masuk akal...pada aku laa...
screw driver harga rm300...
laptop harga berbelas ribu...
claim minyak RM100 1 liter...
tie RM1000...
siang naik muto pakai lampu...

dan yang terbaru enjin jet TUDM pulak hilang...
harap2 takde plak kapal selam nyelam tak timbul-timbul...

ADA ORANG HILANG BINI TAK?

18 Disember 2009

RAHSIA TENTANG MAHATHIR DAN KERAJAAN SIAL DI PELABUHAN KLANG

BUKU INI SEDANG DITAHAN DIPERLABUHAN KLANG




KASTAM TAHAN BUKU TENTANG MAHATHIR - Asia Sentinel

Malaysian customs authorities have been holding up delivery of 800 copies of an authoritative new biography of former Prime Minister Mahathir Mohamad for the past three weeks at the Port Klang customs office.

The book, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," written by former Asian Wall Street Journal Managing Editor Barry Wain, is a warts-and-all, critical but fair account of Mahathir's 22 years in power. It is certain to become an essential study for scholars seeking to understand the onetime premier's reign and its consequences. But maybe not in Malaysia itself unless the locals buy through Barns & Noble (available Jan. 10) or Amazon (Jan. 5) for US$60.75.


SEBUAH BUKU YG AKAN MELETUP DIPASARAN...
KONONNYA WIRA DUNIA KETIGA ADA DI MALAYSIA...
KONONNYA, ANTI AMERICA...
KONONNYA ANWAR IBRAHIM AGEN AMERICA DAN YAHUDI...
NANTIKANLAH...

SALAM MAAL HIJRAH

17 Disember 2009

BESTNYA...

GADIS 14 TAHUN MELAYU YANG TERLAMPAU
ya alloh ya salam yahafiz...

saye serahkan kepadamu diriku anak dan turunanku padamu.. tetapkanlah mereka dalam ketaatan dan agamamu amin amin amin ya alloh yasalam yahafiiz..

jika membaca artikel dibawah ini apa yang anda rasa?


JANGAN HANYA SALAHKAN GADIS TERSEBUT..JANTAN TAK GUNA ITU JUGA DAN ORANG TUANYA HARUS DIPERSALAHKAN!!!


KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


MAK BAPAK LAA PALING HARUS DIPERSALAHKAN...
1. CIKGU MARAH ANAK, MAK BAPAK MARAH CIKGU.
2. TAK TAU KER ANAK KAWAN NGAN SAPA?
3. UNDI LAGI BN BILA PILIHANRAYA
4. JIRAN MARAH ANAK, PUTUS SAUDARA.
5. BIAR JER ANAK DRESSING MACAM PELACUR

16 Disember 2009

MANA KORANG SEMUA?...TANGGUNG LAA!!!

etika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”

“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.

Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.

Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.

Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.

Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.

Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.

Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.

Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.

Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.

Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.

Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.

Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.

PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.

Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.

Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.

BN terselamat manakala PR keciciran peluang.

Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.

Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.

Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.

Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.

Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.

Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.

Malah itu juga masalah di sebelah BN.

Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.

Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?

Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.

Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.

Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.

Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran

ADA SORANG TU BERDEGAR2 SURUH ORANG TU ORANG NI LETAK JAWATAN. ITU TAK KENA, INI TAK KENA. WAHAI AHLI-AHLI PARLIMEN YG TERSEBUT DI BAWAH NI, KORANG JAWAB LAA DGN RAKYAT MALAYSIA JIKA BERLAKU KESENGSARAAN TERHADAP MEREKA TAHUN DEPAN. DISEBABKAN KETIDAKHADIRAN KORANG, BAJET JERUT LEHER DILULUSKAN. Kwsn Kerusi Parti Nama

P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

15 Disember 2009

KEUNTUNGAN PETRONAS SUSUT...KERAJAAN MASIH TIDAK BERJIMAT...RAKYAT MALAYSIA HARAP BERSEDIA!!

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)

Saya, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] akan mencadangkan.

“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini sekarang.”

Petronas telah mengumumkan laporan kewangan setengah tahun pertama tahun 2009 (1 April 2009 hingga 30 September 2009) semalam, 9 Disember 2009. Daripada intipati laporan ini pendapatan Petronas telah jatuh dengan begitu ketara, RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas.

Dalam belanjawan 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan Kewangan Petronas yang diumumkan semalam menyebabkan bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubahsuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas.

Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendaptannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejas warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.

Laporan kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 negara yang perlu dibahas dengan segera. Ia bukan sahaja melibatkan kejatuhan pendapatan tetapi juga cukai, dividen, pelaburan semasa dan masa depan, kedudukan rezab carbon baik dalam dan luar Negara, dan strategi kerajaan dalam mengolah masa depan ekonomi. Kerajaan perlu mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak baik penyokong maupun pembangkang dalam menangani krisis ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

HAKIKAT BTN

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyanggah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa bahawa negara ini akan musnah jika tiada Biro Tata Negara (BTN).Pandang beliau jelas menafikan fakta sejarah bahawa masalah perkauman di negara ini sebenarnya menjadi begitu serius selepas BTN diwujudkan dimana kita melihat para peserta kalangan pelbagai kaum diajar tentang sejarah dan kepentingan kewujudan parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC




Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputra dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu "Anak Kecil Main Api".

Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka di ingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain.

BTN juga mengasuh pesertanya agar membenci pemimpin-pemimpin yang tidak Pro-Umno dan BN.

Pemimpin PAS dikatakan sesat, Pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.

BTN menyebabkan orang-orang Melayu dan Bumiputra tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka hanya didedahkan fakta-fakta sejarah seperti peristiwa perjuangan menentang penjajah, Darurat, Memali,
suasana politik pasca PRU 1999 dan 2008 yang kononnya negara ini sudah dikuasai kaum Cina dan India bila beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Bagi peserta Cina India atau kaum-kaum lain mereka diberikan modul yang berbeza dan didoktrinkan agar patuh kepada Kerajaan yang memerintah dan diasuh supaya melihat parti-parti pembangkang sebagai
musuh negara.

Mereka diajar supaya berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan mereka peluang belajar, bekerja dan mendapat kemudahan lain.

Mereka diminta untuk menghormati ketuanan Melayu iaitu satu cerita dongeng yang sengaja direka oleh BTN bagi memastikan mereka sedar bahawa hanya orang Melayu sahaja yang layak memerintah negara ini.

Pemikiran-pemikiran sesat ini menafikan segala hak dan kebebasan rakyat untuk berfikir dengan wajar. Bila mereka keluar dari kursus ini perasaan curiga dan berhati-hati dengan kaum lain begitu tebal.

Hinggakan bila ada isu yang menyentuh perkataan atau status 'Melayu', walaupun hanya sekadar pertanyaan akan dibalas oleh pemimpin Umno dan cauvinis Melayu dengan hunusan Keris.

Itulah sebabnya kesimbangan perpaduan rakyat sukar untuk dicapai dan mendesak Najib melaungkan slogan '1 Malaysia'. Sebaik sahaja beliau melaungkan slogan ini, satu negara menyaksikan bahawa Perdana Menteri Malaysia sudah mengakui bahawa negara ini memang ada masalah perkauman dan perpaduan maka beliau memikirkan idea itu walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa nak buat untuk perbaiki kerosakan yang telah lama dilakukan oleh BTN dan pelbagai agensi Kerajaan lain.

Jika benar dakwaan Ketua Penerangan Umno bahawa negara ini makmur kerana BTN, bermakna beliau juga sudah menolak gagasan 1 Malaysia yang Najib bentangkan. Tidak ada sebab 1 Malaysia kena wujud jika rakyat sudah hidup aman, makmur dan harmoni.

Walaubagaimana pun PAS, masih melihat 1 Malaysia yang dibanggakan Umno ini hanyalah satu retorik semata-mata kerana banyak tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno selama ini bertentangan dengan hasratrakyat.

Malah gimik 1 Malaysia difahami sebagai lakonan semata-mata sedangkan rakyat diluar sana masih mencari identiti dan jati diri mereka sebagai warganegara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS