KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.
Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.
Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.
Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.
Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.
Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.
Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-MI
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU...SUMBANGAN IDEA SERTA KRITIKAN DARI ANDA YANG BIJAKSANA AMAT DIALU-ALUKAN DALAM MEMBINA AGAMA SERTA NEGARA TERCINTA...
nuffnang
15 Jun 2011
02 Jun 2011
SENARAI PEMIMPIN PAS PUSAT
berikut ialah pilihan aku...korang, korang punya pasal
TIMB PRESIDEN :MAT SABU
NAIB PRESIDEN :1.HUSAM MUSA
:2.SALAHUDIN AYUB
:3.MOHD AMAR
tu je cara PAs buleh betubah...pada aku...aku jugak suka jika nizar jamaludin mengisic mana2 tempat naib presiden...
TIMB PRESIDEN :MAT SABU
NAIB PRESIDEN :1.HUSAM MUSA
:2.SALAHUDIN AYUB
:3.MOHD AMAR
tu je cara PAs buleh betubah...pada aku...aku jugak suka jika nizar jamaludin mengisic mana2 tempat naib presiden...
Langgan:
Catatan (Atom)