nuffnang

01 November 2010

MENYALAK JAGA TUAN

TAK PERNAH TAU KE MAMAT BARUA NI BN DAH BERTAHUN BUAT CAMNI?...
MANIK URAI, ADA YG BN BAGI SAMPAI RM370 UTK BALIK DARI PERAK JE...
TU BELUM LAGI CAKAP TEMPAT LAIN...
BUAT RUMAH SELEPAS PENAMAAN CALON TU BUKAN RASUAH KE?...
JANJI JAMBATAN SELEPAS PENAMAAN CALON TU BUKAN RASUAH KE?...

KALAU DAH MEMANG BARUA BELAAN, DAH TENTU TUANNYA YANG NAK DIJAGA...

Pas tawar wang perbuatan rasuah
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Tawaran wang tunai oleh Pas kepada pengundi luar khususnya yang berada di Lembah Klang dan Johor untuk pulang mengundi di Galas pada 4 November ini adalah perbuatan rasuah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bayaran 'kos pengangkutan' sehingga RM250 yang ditawarkan Pas itu menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya, seksyen itu melarang sebarang aktiviti menyogok pengundi melalui apa jenis tawaran sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan membeli undi.

"Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai sogokan bagi tujuan membeli undi dan Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

"Pas berkemungkinan terpaksa berdepan dengan petisyen pilihan raya jika calon Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian pada 4 November ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan