nuffnang

24 Oktober 2010

BETUL LAA DEPA NI BUTA KAYU

AKHLAK MASYARAKAT YG YANG SEMAKIN TERUK, SEJARAH PARTI MEREKA YG JADI KEUTAMAAN...
KAT MANA LETAKNYA AKAL FIKIRAN?...
TAK BOLEH KE WAJIBKAN AGAMA ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI SYARAT KREDIT UTK MASUK U?...
TAK BULEH KE WAJIBKAN AGAMA ISLAM DAN MORAL DAPAT A UTK MASUK KE SBP?...
TAK TAHU AKU NAK CAKAP APA...
PEMINAT ORANG MACAM NI CUKUP RAMAI...
Matapelajaran Sejarah di semua sekolah rendah 2014
24/10/2010 2:26pm



Oleh AMRAN MULUP

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

23 Oktober 2010

FATWA BANGANG!!

PERASAN MELAYU LAA SANGAT!!



BENDA NI JADI POLITIK SEBAB ORANG POLITIK YG BERCAKAP...
PNB NAK BUAT, BUAT LAA...YG PANDAI SANGAT GI UMUM DALAM BAJET KENAPA?...
ORANG TENGAH BAHAS LAA NI...
PNB TU SENDIRI DAPAT DUIT DARI MANA?...
KALAU DARI RAKYAT, DAH BETUL LAA KENA POLITIKKAN ISU NI...
TAU KENAPA?...
SEBAB WAKIL RAKYAT TU ORANG POLITIK...BODOH!!!

Henti politik isu Menara Warisan Merdeka
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Isu Menara Warisan Merdeka sengaja digunakan oleh pakatan pembangkang untuk mendapatkan markah politik tanpa melihatnya daripada pandangan ekonomi yang terbuka.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang dilakukan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan inisiatif ekonomi berpandangan jauh yang boleh menjanjikan penambahan milikan aset di kalangan syarikat dan entiti ekonomi bumiputera

MALAS


tu situasi aku sekarang...
terlalu banyak isu, menjadikan aku tak mampu untuk menulis....
aku tak tahu macamana nak mula...
apa lagi nak menulis...
kepada rakan2, mintak maaf untuk ni...
aku akan update secepat mungkin...
ye, mengarut....

13 Oktober 2010

DIA HANG TUAH BARU

KEHKEHKEH...
SEDIH PILU RASA HATI...
LAIN YG DIHARAP, LAIN YG JADI SULTAN...
AKHIRNYA TITLE DITARIK BAIK...
NAMUN MASIH BERAZAM UTK TIDAK MENDERHAKA...
DAN MEMPERJUANGKAN MARTABAT RAJA...
MAKA DIA ADALAH HANG TUAH BARU...
PERGI LAA KE MELAKA...
RAJANYA BEKAS RAKANMU JUA...
MINTAK LAA DARI BAGINDA MELAKA TU...
JANGAN LAGI DIKAU BERSEDIH...


SULTAN KELANTAN LUCUTKAN GELARAN DATUK IBRAHIM ALI – mkini

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakin imengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

11 Oktober 2010

INI KE BENDANYA SYARIKAT 2 RINGGIT?

TAK NAMPAK SUSAH PUN MAMAT NI...
TAPI YG BEST, MODAL 2 RINGGIT SEKARANG DAH DAPAT 3 BILLION...
NI BUKAN SKIM CEPAT KAYA...
NI SKIM CEPAT GILA KAYA....
KALAU BUKAN PUAK GEROMBOLAN, ADA KER CAN NAK JADI SAMPAI CAMNI?...



Dari RM2 jadi RM3 bilion

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

SHAH ALAM 10 Okt. - ''Saya membesar bukan seperti kanak-kanak lain kerana saya mula mengenal alam pekerjaan sejak berusia sembilan tahun hingga 15 tahun untuk membantu menyara ibu dan adik-adik lain,'' kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Inai Kiara, Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed (gambar).

Berasal dari Kuching dan datang dari keluarga 10 beradik, sejak dari kecil lagi katanya, beliau amat iri hati dengan kanak-kanak lain yang seusianya yang seronok bermain tanpa memikir sebarang masalah dan tanggungjawab.

Menurut Gulzar Mohamad, ayahnya yang meninggal dunia semasa berumur 11 tahun, memaksakan beliau mengambil tanggungjawab bapanya sebagai ketua keluarganya.

Pada usia muda, pelbagai kerja dilakukannya, dari buruh kontrak membina Hotel Holiday Inn di Kuching, hinggalah menjadi nelayan, pernah bekerja di kuari selain menjadi penyelam dengan bekerja di syarikat-syarikat perkapalan di Kuching.

''Asalkan apa kerjanya boleh menghasilkan wang, saya sanggup melakukannya asalkan kami tidak kelaparan,'' kata Gulzar.

Ketika di zaman persekolahan, kemiskinan keluarga memaksa beliau berjalan kaki lima kilometer setiap hari ke sekolah.

"Saya pernah berjalan kaki dari sekolah dan sampai ke rumah pada pukul lapan malam disebabkan jaraknya terlalu jauh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Selepas itu, beliau menimba pengalaman sebagai pengemudi pernah belayar merentasi tujuh lautan sebelum beliau menyertai Jabatan Marin sebagai pemeriksa untuk Peperiksaan Kompetensi Sijil Marin.

Gulzar Mohamad, kemudiannya meletakkan jawatannya dari Jabatan Laut pada tahun 1992 dan bekerjasama dengan beberapa profesional untuk terlibat di dalam projek tebatan dan pengerukan.

Penglibatan itu membukanya peluang untuk memulakan perniagaan sendiri beberapa tahun kemudian sebagai menjadi perunding kepada syarikat antarabangsa sebelum diminta membuka sebuah entiti bagi membolehkannya menjadi rakan kongsi.

"Berbekalkan RM2 dan berserta dua orang kakitangan pada 11 tahun lalu, Inai Kiara mendapat projek pertama pemulihan pantai dan pelindung ombak di Brunei dan projek kedua di Sarawak,'' katanya.

Nasib Inai Kiara semakin cerah apabila diberi peluang membangunkan fasa kedua Pelabuhan Tanjung Pelepas yang bernilai RM1 bilion yang perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Hari ini, syarikat itu dalam proses membangunkan sebuah limbungan kapal terbesar di Asia Tenggara di Pulau Indah, Klang bernilai lebih RM3 bilion dalam tempoh lima tahun.

Menyorot kembali pencapaiannya, Gulzar Mohamad berkata, semua yang diperoleh kini bukannya datang bergolek kerana beliau pernah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang cukup mencabar.

Antaranya, ketika terbabit di dalam projek gas asli cecair di Taiwan yang mana ketika berdepan dengan taufan pada tahun 2003.

Selain itu perpindahan beberapa tenaga kerja yang dididiknya sejak peringkat awal sehingga menjadi pekerja mahir juga turut menyumbang kepada cabarannya.

"Inai Kiara pernah membayar gaji RM200,000 sebulan kepada seorang pakar asing yang berkaitan di dalam industri ini berikutan ketiadaan pakar tempatan dan sebab itu saya sangat kecewa apabila ada anak tempatan yang betul-betul bagus tiba-tiba berhenti dari syarikat ini,'' katanya.

Namun kata Gulzar Mohamad, beliau memilih untuk belajar menerima kenyataan bahawa tiada satu yang akan kekal.

Beliau, sebaliknya semakin berbangga apabila anak didiknya yang berjaya mencipta karier di tempat lain hasil kemahiran dan pengalaman yang diberikan di Inai Kiara.

"Saya berpegang kepada pepatah iaitu perjalanan akhir bagi seorang manusia adalah ilmu-ilmu yang ditinggalkan kerana ia adalah satu pemberian yang kekal dan disebabkan itu jugalah saya tidak takut kepada persaingan," katanya.

Sehingga kini Inai Kiara telah berjaya melaksanakan beberapa projek berprofil tinggi di luar negara seperti India, Brunei Singapura, Taiwan dan Indonesia.

10 Oktober 2010

ORANG CERDIK BUKANNYA SUKA TONJOL DIRI

Wanita Pertama negara maju menjauhkan diri dari Program Rosmah
Oleh Norasikin Samsi



SHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yang kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia


Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.


Suara Keadilan

NAK BALIK BUAT APA?

MEREKA YG BEKERJA ADALAH MEREKA YG NAK DUIT...
SO, MANA2 PIHAK YG BULEH BAGI MEREKA GAJI LEBIH DAH TENTU MEREKA SAMBAR...
DAH KAYA RAYA NANTI MEREKA BALIK LAA...
TAPI BUKAN UNTUK MENYERTAI PUAK KORUP PASTINYA...
BUKAK BISNES SENDIRI L;AA UTK MENIPU RAKYAT SINI...


Rakyat kita diajak pulang berkhidmat


SYDNEY 9 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak warga Malaysia yang berada di luar negara pulang dan berkhidmat di Malaysia bagi menjayakan program transformasi yang dianjurkan kerajaan, jika mereka benar-benar cintakan negara sendiri.

Dalam ucapannya di hadapan lebih 500 pelajar Malaysia dari Australia dan New Zealand pada Majlis Makan Malam Perdana di sini, beliau mengajak rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, untuk bersama-sama menzahirkan hasrat menjadikan Malaysia negara maju yang rakyatnya berpendapatan tinggi.

02 Oktober 2010

TAK NAMPAK2 LAGI?

RAKYAT MALAYSIA TAK FAHAM LAGI?...
SAPA SEBENARNYA PEMUSNAH UMAT?...
DEKAT SATU TAN SYABU DIMASUKKAN DALAM LORI, KEMUDIAN CLAIM TAK TAU?...
PASTU DILEPASKAN OLEH MAHKAMAH...
SEMUDAH TU?...

SEBENARNYA RAMAI YG SEDAR HAL NI...
TAPI BU0AT TAK TAU...
KORANG TERIMA LAA AKIBATNYA NANTI...
BILA DISEMBELIH ANAK SENDIRI...



ISMAIL JAMIN SIASAT POLIS CURI SYABU-berita hairan

Ketua Polis Negara, Ismail Omar memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh kes 10 anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri kira-kira 40 kilogram syabu daripada lebih 700 kilogram yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu.

Katanya, beliau telah mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.

Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi, katanya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membebaskan tertuduh yang juga pemandu lori yang ditangkap membawa dadah itu, Lee Yong Toe, 48, kelmarin.

Rampasan syabu seberat 753,539 kilogram bernilai lebih RM270 juta itu dipercayai terbesar dalam sejarah negara mendapat perhatian apabila Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir dalam penghakimannya membebaskan Lee, kelmarin, mempersoalkan tindakan polis dan pendakwa raya.