nuffnang

27 Januari 2009

KEMALANGAN JALAN RAYA...SAMPAI BILA BERTERUSAN

Tiba saja musim perayaan, isu kemalangan jalanraya pasti timbul. Yang paling ketara, pada masa ini pelbagai tindakan penguatkuasan dan kempen ditekankan atas kapasiti demi mengurangkan kemalangan. Namun apa yang dikesalkan, jumlahnya meningkat setiap tahun. Ada saja cuti panjang, tambah lagi perayaan jumlah pasti bertambah.

Saya tidak mahu menyalahkan perayaan sebagai punca terjadinya masalah ini....
Kerana perayaan dan cuti panjang hanya sebagai pemangkin atau penarik kepada pesalahlaku jalanraya untuk memenuhi jalanraya...

Ya...mereka laa puncanya...PESALAHLAKU JALANRAYA...
Siapa mereka?...mereka ini tergolong dalam golongan mereka yang takde hati perut...
Mereka juga tergolong dalam golongan mereka yang tak patuh undang-undang...
Mereka juga tergolong dalam golongan mereka yang tiada kesedaran sivik...

Ulasan saya hanya berkisar kepada golongan 1 dan golongan 3...
Jawapan saya senang...
Golongan tersebut lah yang mewujudkan keadaan huru-hara dijalanraya...
Golongan tersebut sewenang2nya menggunakan lorong kanan utk pemanduan perlahan...
Golongan tersebut sewenang2nya guna lorong kanan utk memotong dan tidak kembali ke lorong kiri kerana perasan kenderaan mereka paling laju...
Golongan tersebut lah yang melahirkan golongan mat motor yang mencilok kiri dan kanan utk memotong...
Golongan tersebut juga yang melahirkan golongan golongan yang memotong sebelah kiri...

Saya agak pelik dgn mereka yang berkuasa kepada jalanraya...
Mereka yang memotong sebelah kiri akan disaman RM300...
Tetapi tiada apa2 tindakan terhadap mereka yang memandu dengan kelajuan 80km/j dilorong sebelah kanan di lebuhraya....
Masalah kita bukan masalah had laju...
Masalah kita adalah masalah perangai...masalah takda hati perut, masalah tiada sivik pada segolongan pengguna jalanraya....
Tiada apa2 tindakan ker utk manusia begini?

13 Januari 2009

SEPAK TAKRAW...KE MANA HALATUJU SUKAN MELAYU INI (BHGN 1)


Saban hari kita menonton dan memainkan pelbagai jenis sukan. Sampai ke parlimen membahaskan pelbagai permasalahan dalam sukan-sukan ini. Tapi pernahkah kita terfikir akan sukan yang asalnya bermula daripada bangsa teras di negara ini iaitu sepak takraw?. Saya sebagai pemain jati sepak takraw amat sedih melihat keadaan sukan ini bermula daripada pemain, bekas pemain, pelapis, pertandingan, promosi dan pelbagai aspek lain yang pada saya amat ketinggalan. Seolah-olah tiada orang lansung yang berminat terhadap sukan ini sedangkan pemainnya dikalangan melayu khasnya dan bangsa lain amnya amat ramai. Apa tindakan kita?. Saya mengutarakan thread ini sebagai pemain. Anda mungkin pemain, mungkin tidak. Tapi sebagai orang Melayu, anda harus peka dengan sukan ini. Apa pandangan anda?