nuffnang

22 Julai 2009

SAYA MENCADANGKAN CARA-CARANYA bhgn 1

1.PEMAIN SEPAK TAKRAW PERLU DIBERI TARAF AHLI SUKAN PROFESIONAL APABILA MEREKA MENJADI PEMAIN-PEMAIN NEGERI SEPERTI BOLASEPAK.
-alasannya ialah perlukan pekerjaan...jadikan sukan ini sebagai pekerjaan mereka seperti pemain bola sepak profesional...dengan jumlah pemain yang berjuta2 dimalaysia, tidak patut jika cadangan ini tidak ilaksanakan.

2.PERUNTUKAN SEPATUTNYA MELEBIHI SUKAN LAIN
-sukan ini diasaskan di negara kita...hanya 2 sukan yang namanya berbahasa melayu didunia...sepaktakraw dan silat olahraga...pemimpin negara majoriti melayu...negara pun malaysia...pemain majoriti melayu...

3.HIDUPKAN AKADEMI
-setakat ini kebanyakan akademi hanya hidup dari modal persendirian...sebab itu kebanyakan negeri tiada akademi

4.JANGAN SOMBONG UNTUK TERIMA SUMBANGAN TERMASUK DARI SYARIKAT ROKOK
-kalau dah tahu tiada orang nak sponsor,jgn laa bodoh sombong bila Perilly's nak sponsor dulu...sedangkan mereka bukan sponsor rokok, tapi duit...penguasa sukan di negara kita ni hanya pandai bercakap sebab mereka ada modal dari kerajaan...kalau nak boikot syarikat rokok, tak sepatutnya pasukan badminton malaysia dihantar bertanding di Indonesia...ini kerana sponsor pertandingan disana ialah Diarum Super

18 Julai 2009

SOMBONGNYA PSM


Baik tak payah

Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

MEMANG tidak ada siapa berani menjamin emas sepak takraw Sukan Sea atau Asia pasti menjadi milik Malaysia jika gandingan Mohd Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Zulkarnain Arif kembali menyarung jersi kebangsaan.

Hakikat itu pantas diakui bekas pengurus skuad sepak takraw ke Sukan Sea Manila 2005, Nasir Musa dan beliau menyebut kesan yang mungkin berlaku andai hasrat ketiga-tiga bekas anak buahnya itu dikabulkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

“Untuk jangka pendek, kehadiran mereka mungkin mampu memperbaiki imej sepak takraw kita. Itu saya akui kerana mereka sudah cukup terkenal dan digeruni lawan. Status juara Sukan Sea di Manila membuatkan mereka disegani di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak nafikan kekuatan skuad sepak takraw kita mungkin bertambah baik dengan adanya ketiga-tiga pemain itu tetapi PSM juga perlu memikirkan kesan negatif yang saya yakin turut hadir bersama penyertaan mereka ke dalam skuad elit.

“Bagaimana dengan perasaan pemain skuad elit sedia ada? Mampukah Normanizam, Futra dan Zulkarnain bertahan untuk dua atau tiga edisi Sukan Sea atau Asia akan datang? Ketika ini usia mereka sudah hampir 30 tahun dan tahap kecergasan serta ketahanan mereka mungkin tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Bagi Nasir, apa yang penting sekarang ialah semua pihak perlu memberi masa yang secukupnya kepada pemain skuad elit sedia ada kerana keampuhan Normanizam, Futra dan Zulkarnain juga tidak dicapai dalam masa yang singkat.

Kekalahan kepada Indonesia dan Korea Selatan pada Piala Raja Thai belum boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar skuad elit kebangsaan dan Nasir menganggap PSM perlu mengadakan lebih banyak pertandingan di peringkat tempatan bagi memberikan pendedahan sewajarnya kepada pemain.

Kekalahan itu jugalah yang mendorong Normanizam, Futra dan Zulkarnain untuk kembali menyarung jersi kebangsaan sekali gus membantu menaikkan semula imej sepak takraw negara yang semakin merudum.

“Bukan saya tidak bersetuju jika ketiga-tiga pemain itu dibawa masuk ke dalam skuad elit kebangsaan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kemasukan mereka akan hanya memberi kesan untuk jangka pendek sedangkan kita mahukan lebih daripada itu,” katanya.

Begitupun, pengurus skuad sepak takraw ke Sukan Asia Doha 2006, Idris Abd Karim berkata, PSM boleh menggunakan pengalaman ketiga-tiga pemain terbabit untuk menguatkan lagi skuad elit kebangsaan dengan cara mengarahkan beberapa pemain sedia ada untuk beraksi bersama-sama.

“PSM boleh menggandingkan ketiga-tiga pemain ini dengan pemain junior yang ada di dalam skuad. Dengan cara itu, pemain junior kita boleh mendapat pengalaman serta pendedahan yang baik. Saya yakin gandingan senior dan junior di dalam skuad elit kebangsaan akan menghasilkan sesuatu yang jauh lebih baik.

“Dalam apa-apa sukan sekalipun, kita memerlukan sumbangan pemain senior kerana mereka ini mempunyai faktor yang boleh mendatangkan gerun kepada lawan.

“Reputasi mereka selaku pemenang emas Sukan Sea Manila sudah cukup baik untuk membuatkan lawan kita goyah,” kata Idris.

Emel Artikel Cetak Artikel

16 Julai 2009

SEMAK KIBLAT

PENGGUNA
PADA hari ini 16 Julai 2009 (khamis) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM

Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

KAEDAH PENYEMAKAN

1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,

3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.

5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

Sebarang keraguan arah kiblat bagi Masjid dan Surau hasil dari semakan tersebut boleh menghubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah, di talian No. 088 – 218322/268427 hanya mereka yang berada di negeri Sabah sahaja. Bagi negeri - negeri lain bolehlah rujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing - masing. -hotpowers

Posted by Ibnu Hasyim

15 Julai 2009

ALHAMDULILLAH...

TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN CALON PAS...
WALAUPUN MAJORITI MERUDUM, TETAPI KEMENANGAN ITU YANG PENTING...