Setelah lama tiada sebarang posting, hari ni saya meluangkan masa untuk mengeluarkan beberapa idea yang dok melekat kat kepala ni. Sebenarnya saya aktif mengunjungi beberapa blog walaupun tidak aktif dalam blog sendiri. Dan dalam beberapa blog tersebut, saya terbaca beberapa artikel dan komen yang bertanya kepada komentar-komentar sampai bila kita nak berpolitik. Sedangkan umum tahu bahawa negara dan dunia sedang menghadapi masa sukar akibat kegawatan.
Pertamanya kita kena melihat dari sudut tujuan berpolitik itu sendiri...kenapa perlu politik?...
apa perlu kuasa politik?...baik lah...pada masa sekarang, heboh dikalangan rakyat tentang politik wang...nah, kat sini pun dah jelas...politik dan wang(ekonomi) memang tak boleh dipisahkan...
tu baru satu contoh...bagi negara pula, siapa yg menentukan kestabilan ekonomi jika bukan mereka yg mempunyai kuasa dalam kerajaan yg dipilih melalui politik?...amat merbahaya sekali jika contoh 1 dan contoh 2 bergabung...iaitu, mereka yg memang pilihanraya melalui politik wang dan kemudian memerintah negara dan menguruskan wang negara pula...
Contoh yg diberikan adalah amat sedikit bagi menunjukkan amat perlu berpolitik walaupun dalam keadaan ekonomi gawat...sebab pada saya yg dhaif ini, kegagalan politik inilah yg menyebabkan kemajuan negara dan rakyat amat perlahan...lihat sahaja korea selatan yg usia kemerdekaannya hampir sama dengan malaysia...tanpa hasil dalam bumi(petroleum dan gas asli) dan atas bumi (getah dan kelapa sawit), mereka kini menjadi negara yg amat digeruni dari segi ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan paling ketara bola sepak...
Pernah tak ada orang terfikir apa akan jadi pada negara seperti singapore(sebagai contoh) jika mereka yg telah menjaga dompet duit negara malaysia selama lebih 50tahun ditakdirkan untuk urus negara singa itu?....macamana agaknya deme nak cari hasil negara?....sedangkan di malaysia yg bonus kurniaan ilahi dapat setiap hari pun gagal diurus dgn betul, dan masih tercari2 kemajuan, apa agaknya jadi pada negara yg memang tak ada bonus seperti singapore?...takat mana depa kerja, takat tu laa dapat...apa akan jadi?...tak terfikir kah kita?...
Contoh yg saya utarakan di atas sebenarnya untuk memperkuatkan hujah saya bahawa dalam apa jua keadaan pun, politik memang patut diteruskan...jika perlu tukar kerajaan pun masa gawat ni laa masa yg paling sesuai...bukan masa senang...selamat berdiskusi
puak meno dah pulun senua yg ada
BalasPadamsebab itu masih perlu berpolitik...
BalasPadamsampai bila2....
sampai kiamat...