nuffnang

12 April 2009

APA YG MARAH SANGAT?

Salam pertemuan...
Boleh dikatakan setiap hari saya menjenguk blog-blog pro PR dan pro BN...
Pada posting kali ini saya tertarim untuk menegur beberapa blog yang begitu marah terutama selepas PRK 2 bukit dan 1 batang tempohari...
Ada beberapa bloggers pro PR yang secara terbuka menyerang pihak parti apabila dikatakan tidak mendapat layanan yang sepatutnya pada tempoh berkempen...
Antara layanan yang diinginkan ialah pas sebagai petugas, kesusahan yang terpaksa dihadapi dan bermacam lagi....
Saya ingin memperbetulkan beberapa perkara yang pada pendapat saya tidak sepatutnya menjadi pertikaian...
Apa lagi pertikaian dan luahan rasa marah tersebut boleh menjadikan bahawa pihak parti ysng bertanding sama saja pada pembaca lain...
Kita perlu faham bahawa blogger pro PR (saya tidak tahu pasal BN) bukanlah golongan yang dilantik untuk membantu dalam kempen PRU atau PRK...
Kita perlu faham bahawa tindakan kita mewujudkan blog adalah untuk menyampaikan maklumat tanpa disuruh oleh sesiapa...
Kita perlu anggap bahawa usaha kita adalah usaha rakyat yang inginkan perubahan...
Teguran memang dibolehkan...
Tapi ikutlah saluran yang betul...
Jika perlukan pengiktirafan sebagai jentera parti, maka usulkan dalam mesyuarat tahunan parti supaya bloggers dijadikan jentera parti...
Kita sendiri maklum bahawa tidak 100% maklumat dalam blog adalah benar...
Jadi untuk mendapatkan pengiktirafan semasa kempen sahaja adalah tidak mungkin...
Kerana kita bukan lah wartawan seperti siasah, suara keadilan, malaysiakini, harakah dan sebagainya...mereka dipertanggungjawab untuk maklumat yang disampaikan...
Kita tidak seperti itu...
Setiap apa yang kita tulis dalam blog yang tidak mendapat pengiktirafan parti adalah dibawah tanggungan sendiri...
Di kalangan kita juga mungkin boleh dipertikaikan tahap kredibilitinya...
Sebab itu rancangan parti tidak diberitahu kepada semua bloggers hatta ADUN spt Cina Islam sekalipun...dan jika diberitahu sekalipun, perkara rahsia mestilah rahsia....
Ini adalah untuk mengelakkan sabotaj...
Jadi kepada semua bloggers yang pro PR, harap kita dapat berpijak di bumi yang nyata...
Jika kita merasakan sukar untuk berjuang membawa suara marhaen dan menyebarkan maklumat yang sepatutnya kita sebarkan, tak perlu menyusahkan diri...
Tulisan saya ini bukanlah suara rasmi mana2 pihak...
Cuma ingin memperbetulkan keadaan ...
Kerana nampaknya kita sedang meruntuhkan apa yang kita bina...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan