nuffnang

07 Jun 2009

SEPAKTAKRAW...KE MANA HALATUJU SUKAN MELAYU INI...BHGN2


KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA DUNIA BARU SAJA MELABUHKAN TIRAINYA GENAP SEMINGGU YG LALU...
DAN SEPERTI BIASA SKRIP LAMA BERKENAAN SKUAD MALAYSIA MASIH TIDAK BERUBAH...
MASIH TEWAS KEPADA MALAYSIA...LEBIH TERUK INDONESIA SUDAH MULA MENGALAHKAN MALAYSIA..
MEDIA SEPERTI TV DAN MEDIA CETAK TERUS MENJALANKAN KERJA MASING-MASING,IAITU KONDEM KAN SKUAD NEGARA....
DALAM SEBUAH NEGARA YG BERKERAJAANKAN MEREKA YG MELAUNG-LAUNGKAN HIDUP MELAYU, SUKAN ASAS YG MULA DIMAINKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA INI, HIDUPNYA SEPERTI SUDAH SEGAN, MATINYA SEAKAN TIDAK MAU...
PADA PANDANGAN SAYA, TIADA LANSUNG USAHA UNTUK MEMARTABATKAN SUKAN INI SEBAGAI KEBANGGAAN NEGARA MALAYSIA...
TIADA MENTERI, APATAH LAGI SYARIKAT2 GERGASI YG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN SUKAN INI SELARI DENGAN APA YG MEREKA PERJUANGKAN....
KESANGGUPAN MEREKA BERKORBAN UNTUK SUKAN INI TIDAK SEPERTI BOLASEPAK YG DIBAWA OLEH PENJAJAH BRITISH...
TIADA ORANG YG INGIN BEREBUT JAWATAN PRESIDEN PERSATUAN INI...
TIADA LANSUNG IDEA UNTUK MENJADIKAN PEMAIN PEMAIN SUKAN INI SEBAGAI PEMAIN PROFESIONAL...
APABILA TIADA PEMAIN YG BERKELAYAKAN UNTUK MEWAKILI NEGARA, PADAH YG MENUNGGU ADALAH KEKALAHAN...
SEDANGKAN KEKALAHAN TERSEBUT ADALAH KEKALAHAN MELAYU KESELURUHANNYA...
PEMAIN2 SEPAKTAKRAW YANG MEWAKILI NEGERI DAN NEGARA TERPAKSA MEMIKIRKAN ANTARA PERIUK NASI DAN NEGARA....MEREKA TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN INI WALAUPUN HATI SAYANG TERHADAP NEGARA....
PENDAPATAN YG MEREKA PEROLEHI LANSUNG TIDAK BERBALOI SEKIRANYA MEREKA MEMILIH UNTUK MENYARUNG JERSI NEGERI ATAU NEGARA...
PERBEZAAN PENDAPATAN DAN IMBUHAN BERBANDING SUKAN LAIN AMAT KETARA....
PENDAPATAN SEORANG PEMAIN SIMPANAN BOLA SEPAK CUKUP UNTUK MEREKA BERNIAGA SELEPAS BERSARA...LIHAT SAHAJA NORMANIZAM, TERPAKSA MEMILIH UNTUK BERHENTI MEWAKILI NEGARA KERANA TIADA IMBUHAN WAJAR DARI PERSATUAN, NEGARA, NEGERI DAN PERSATUAN MELAYU SENDIRI....
PERGILAH TANYA KEPADA SARAVANAN, AHMAD EZAT, PUTRA GHANI, ZULKARNAIN ARIF APA SEBAB MEREKA BERHENTI MEWAKILI NEGARA...DAN APA HABUAN MERAKA DAPAT SEMASA DAN SELEPAS MEREKA MEWAKILI NEGARA...
SEPATUTNYA MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PENGASAS SUKAN INI MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN DALAM MEMELIHARA SUKAN INI...
JGN HANYA DOK BERKOKOK DAN MENYALAK BAHAWA KAMILAH PEMBELA MELAYU...
SEDANGKAN HAL KECIK SEPERTI SUKAN INI PUN TIDAK DAPAT DIJAGA, USAHLAH MELAUNGKAN BAHAWA KAMI NAK JADIKAN MELAYU SEBAGAI JUTAWAN...
SENARIO HARI INI IALAH, LEBIH BAIK MAIN SUKAN TEMBAK CAT(PAINTBALL) DARI MAIN SEPAKTAKRAW...
BUKALAH MATA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan