nuffnang

07 September 2010

TAKPE..BETTER LATE THAN NEVER

WALAPUPUN PERDEDAHAN INI DAH DIKIRA LAMBAT, TAPI MASIH BULEH DIUCAP TAHNIAH...
KERANA SELAMA INI, INI MEMANG BERLAKU...
TUJUAN DIA MGKIN BERCAMPUR ANTARA MARAH DAN TANGGUNGJAWAB...
KATANYA KDN YG CAMPURTANGAN DALAM HAL KEPOLISAN...
AKU RASA TAK SEMUDAH ITU...
PUAK YG LEBIH ATAS DARI KDN YE...
SAPA LAGI?...SENDIRI LAA INGAT...
JIKA KERJA POLIS HANYA LEBIH MENYERBU PAKATAN RAKYAT, JADI SB UTK CERAMAH2 PR, JADI KITA BULEH AGAK PUN INI CAMPURTANGAN DARI SIAPA...

MESTI KERJA MAT SABU NI...
BETUL TAK?...KEH..KEH..KEH..KEH..

KDN campur tangan siasatan polis

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau.

Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah.

“Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan.

“Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat.

“Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,” kata beliau.

Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

3 ulasan:

  1. Macam balik ZAMAN...MUSA HITAM ajer bunyinya...harap2 tak de lah MEMALI ke2 ke3 yeh..polis mabuk dikerah..bunuh pompuan dan budak ..kampung..

    BalasPadam
  2. mgkin ada perancangan ke arah tu...

    BalasPadam
  3. Eh, takkan kot kerja orang atasan UM**? Depa mana tau apa apa, kan?

    Hehe

    BalasPadam