nuffnang

04 Ogos 2010

RILEK LAA MAK LONG

HANG BARU JE KENA...
YANG HANG DOK MENJAJA KISAH ORANG MAIN JUBOR TAKDE PUN HANG NAK KESALKAN...
TAU MALU KAT ANAK YE...
ANAK ANWAR TU NASIB BAIK ADA ORANG NAK...
HANG TAKDE PUN PK PASAL DIA...


KL Ogos 4 10: Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof mengakui sendiri, yang paling menghantuinya ialah apabila beliau dikatakan beraksi dalam VCD lucah, mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya. Katanya dalam satu pertemuan dengan Agendadaily hari ini.



Ketika ditanya oleh Agendadaily, adakah beliau berpendapat bahawa mungkin beliau tidak dilantik oleh Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah dan beberapa gosip lain?


Katanya,"Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything."

Bila ditanya, bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucahnya disebarkan?


"Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube…




"Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.
"Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.


Kenapa selama ini beliau berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini? Tanya Agenadaily lagi terhadap semua fitnah terhadapnya, termasuk VCD kes lucah ini.


"Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah. Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?"


Menurutnya lagi, setakat gambar superimpose mukanya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Dia sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah dia buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepadanya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak. Jelasnya.

"Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja." Demikian pengakuannya dalam Agendadaily.(AK)

3 ulasan:

  1. Spesis ni takkan sedar diri atau perasan apa yg dia buat tu tuduh DSAi 'main belakang' tu, 1 fitnah...mana taknya, sesama orang dia pun cantas mencantas, khianat, fitnah, ni pulak DSAI, musuh no. 1 depa dah...herannya bila kena batang tubuh sendiri, patut-2 dia insaf dah, tak jugak. Tak tak dpt hidayah? Allahu aklam.

    BalasPadam
  2. Biak pi lah, Si Luncai akan terjun dengan labu-labunya. Nanti kat padang Mahsyar Insya-Allah akan dipertontonkan ... Masa tu dah tak guna lagi weeeeee ......

    BalasPadam
  3. di kedah dok rioh lama dah....yg skandal ngn det kalid tu semua oghang dah tau.ada lagi ceghita panaih pasai betina soghang ni...nak ceghita pi kat hampa...ada lagi satu skandal ngn satu dato',dato ni OKU gak (oghang kuat umno)di salah satu bhgian di kedah nu...dato' ni bini tinggai lagi soghang nak cukup kuota.la ni dah tiga...tapi bini sulong dia bangkang sampai lumat hubungan dia ngan betina ni pasai semua oghang tau betina ni bukan nak kat dato' ni sangat tapi nak mengikis harta dato' ni yang dah berstatus 'multy millionaire'.pi holiday sana vacation sini ngan dato' ni.unjoy ghata last2 tinggai macam tu ja la....bukan ka puteri umno tu makanan jantan umno putera umno tu mainan (anak ikan) wanita umno...hehe...bessssa laaaa....

    BalasPadam