nuffnang

24 Ogos 2010

UMNO LAA PUNCANYA

CINA NI YG KATA MACAM NI...
UMNO PUNYA PASAL...
UMNO PUNCA ISLAM TAK BERKEMBANG DAN MELAHIRKAN PENYAKIT SOSIAL UTK UMAT...

DULU DIA PUN MACAM KARPAL...
TAPI BIASA, SINGH MEMANG TAKSUB DENGAN ORANG PUTIH...
DIA SEBOLEHNYA TAK AKAN TERIMA PENGARUH ISLAM...

KARPAL JUGAK KATA PEMIMPIN DAP LAIN PUN IKUT DIA...
DENGAN CERITA CINA NI, SEKURANG2NYA KITA TAHU ADA HARAPAN...
YANG BATU PENGHALANG BUKAN DAP...
BATU PENGHALANG BESAR ORANG ISLAM IALAH UMNO...
PUAK MUNAFIQ...
TAKUT KAT UNDANG2 AGAMA SENDIRI...
NAK MARAH, MARAH LAA

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa.

3 ulasan:

  1. Kau tau tak kenapa orang2 bukan melayu takut pasal Hukum Hudud? Pasalnya adalah kerana pemimpin UMNO lah yang menakut2kan mereka. Pemimpin2 UMNO lah yang memperlecehkan hukum Hudud. Pemimpin2 UMNO lah yang telah memberi gambaran salah pada orang bukAN MELAYU tentang hukum Hudud. Pemimpin2 UMNO lah yang menakut2kan orang bukan melayu.

    Jadi.....inilah hasil peninggalan UMNO terbesar utk bukan melayu dan agama islam di malaysia.
    Semoga mereka ini (pemimpin2 UMNO) mendapat SAHAM terbesar dari Allah.

    BalasPadam
  2. bukan pemimpin je bro...
    umat bawahan dia pun sama...
    kalau dah racist membabi buta, tentulah payah nak sampaikan mesej kat bukan islam...

    BalasPadam
  3. Bukan setakan menakut-nakutkan orang bukan Islam malah perkataan hudud pun ditegaah disebut dalam mana-mana kuliah agama di masjid

    BalasPadam