nuffnang

01 April 2010

MANA SATU ANAK HANG?

39 khalwat dalam bilik
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/04/01 SHAH ALAM: Tiga puluh sembilan individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding yang dijalankan di dua mahkamah rendah berasingan, hanya 29 orang termasuk tiga wanita hadir untuk mendengar pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Semua mereka yang terdiri pelajar berusia 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral sehingga menimbulkan syak dalam sebuah bilik di blok empat hotel berkenaan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7 di sini, pada jam 2.10 pagi, 15 November 2009.


Tertuduh didakwa bersama orang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan melakukan perbuatan tidak bermoral.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) bagi wanita yang jika sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Dalam prosiding semalam, 10 tertuduh lelaki mengaku bersalah sebelum masing-masing dikenakan hukuman denda antara RM2,000 hingga RM2,900 atau penjara antara 30 hingga 90 hari jika gagal menjelaskan denda.


Manakala 19 individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM1,500 atau/dengan penjamin yang tinggal di Selangor. Hanya seorang wanita dikenakan jaminan RM2,000 atau penjamin yang tinggal di kawasan Shah Alam, selepas memberitahu mahkamah bahawa dia kini tinggal di Sarawak.


Mahkamah turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 10 individu yang gagal hadir pada perbicaraan semalam.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Muhamad Nazri Basrawi dan Siti Fatimah Ahmad Maulana di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali dan Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin.


Sementara itu, pihak pendakwaan dalam hujah mereka memberitahu mahkamah, tangkapan dibuat selepas Jais menerima maklumat awam berhubung kejadian yang dikatakan kerap berlaku di lokasi berkenaan.


Kamarulzaman ketika membacakan keputusannya berkata, dalam menjatuhkan hukuman, kepentingan awam perlu didahulukan lebih daripada individu.


“Apatah lagi fakta kes tangkapan yang diberi maklumat orang awam. Orang sudah naik jijik dengan apa yang berlaku. Khalwat membuka pintu kejahatan. Manusia semakin rosak. Ini bukan kesalahan ringan, oleh itu adalah wajar kepentingan awam didahulukan.


“Pengakuan salah perlu disertakan dengan keinsafan dan penyesalan. Kamu turut ditangkap dengan individu bukan Islam, sepatutnya kamu sebagai orang beragama Islam menunjukkan contoh teladan yang baik,” katanya.

APA TELAH JADI PADA ANAK-ANAK KITA...
INI BARU YANG TERTANGKAP...
YANG BELUM TERTANGKAP MUNGKIN BERIBU-RIBU...
YANG TERTANGKAP PUN TIDAK MAHU INSAF...
MEREKA ADA DUIT UNTUK BAYAR DENDA...

KEBANYAKAN MEREKA BUDAK SEKOLAH...
DAN AMAT DIYAKINI MEREKA ORANG TERPELAJAR...
YE..MEREKA TERPELAJAR DI DUNIA...
TAPI ADAKAH MEREKA TERDIDIK UNTUK HADAPI AKHIRAT?...

INILAH PADAHNYA BILA ORANG ISLAM MENGIKUT ACUAN PENDIDIKAN PENJAJAH...
INILAH PADAHNYA BILA MELAYU ITU LEBIH AGUNG DARI ISLAM...
INILAH PADAHNYA BILA ROHANI TIDAK TERDIDIK...
INILAH PADAHNYA TIADA HUKUMAN BERAT TERHADAP PENZINA...
INILAH PADAHNYA HUKUM ISLAM HANYA MENJADI PERMAINAN POLITIK UMNO...

AMAT DIYAKINI DALAM 10 TAHUN LAGI, UMAT ISLAM MALAYSIA AKAN MENJADI SEPERTI
KRISTIAN DI AMERIKA...
AMAT DIYAKINI DALAM 10 TAHUN LAGI MENANTU KITA BUKANLAH SEORANG TERUNA DAN DARA...
AMAT DIYAKINI 10 TAHUN LAGI KITA BERANAK DAN MENANTU MAT PIT...
AMAT DIYAKINI 10 TAHUN LAGI ANAK-ANAK KITA BEROMEN DEPAN MATA...

SAUDARA SEKALIAN...
KEMBALILAH KEPADA ALLAH...
KEMBALILAH KEPADA RASUL...

TEGAKKAN LAH HUKUM ALLAH...
DEMI KITA, ANAK KITA, CUCU KITA DAN AGAMA KITA...
HANCURKAN UMNO BN...
HIDUP KITA BUKAN HANYA UNTUK DUIT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan