nuffnang

20 April 2010

DITERBITKAN KEMBALI...SEBUAH PETUNJUK JELAS!!

SATU PRTUNJUK JELAS BAGI MEREKA YG BAKAL MENGUNDI DI HULU SELANGOR...
SATU PETUNJUK YG PEDIH UTK DITONTON...TAPI AMAT BERKAIT DGN PILIHANRAYA...
JIKA SELEPAS 50 TAHUN BN MEMERINTAH, INI JADI KAT NASAB ISLAM, TUKARLAH MEREKA...
WAJIB UTK KITA TUKAR MEREKA...
JANGAN BERI MEREKA PELUANG BERUBAH...
KERANA SEBENARNYA SEDANG MEMBURUK...
MELAYU UMNO BUKANLAH MEREKA YG MENJAGA NASAB ISLAM...
ANAK2 PEMIMPIN PUN TAK TENTU HALA...
APA LAGI ANAK RAKYAT2NYA...
KISAH YG BAKAL DIPAPARKAN ADALAH RENTETAN KISAH ZINA YG BERMAHARAJALELA...
INI ADALAH BUKTI BAHAWA UMNO BN TIDAK KISAH AKAN ZINA...
MEREKA HANYA KISAH JIKA ADA ORANG BUANG ANAK...
TOLONG LAA...TUKARKAN MEREKA...
DEMI NASAB ISLAM


MAYAT BAYI DALAM TONG SAMPAH
HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.


Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.


Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.

Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.

"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.

"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.

Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.

Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.

Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran.

Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara. YER...INILAH PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH INI...MELALAK MACAM ANJING...ANJING YANG SALAK BUKIT...
ILMU YAHUDI JUGA YG DIGUNA PAKAI...TAK NAMPAK LAGI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan