nuffnang

29 Julai 2010

INGAT...TEMPOH UNTUK MINTAK MAAF IALAH SELAMA JAM BERPUTAR

Peringatan kepada DAPOleh HELMI MOHD. FOAD dan NORLIZA ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan DAP supaya tidak terlalu menekankan soal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum tersebut.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan cuba menentukan dasar-dasar yang adil dan saksama tetapi orang Melayu dan bumiputera akan merasa marah jika parti itu asyik menekankan tentang soal penghapusan dasar membabitkan kepentingan orang Melayu di negara ini.

"Kalau terlalu menekan orang Melayu dan bumiputera tanpa mereka melihat ada juga pihak lain yang memberi pertimbangan kepada orang Melayu terutama sekali swasta, ia akan ada rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

"Maknanya, orang Melayu pun mengharapkan syarikat-syarikat swasta (yang dikuasai bukan bumiputera) membantu mereka dalam memajukan ekonomi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan - Suatu Pengisahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan