nuffnang

08 Julai 2010

SEBAB TU ORANG LARANG!!

INI LAA AKIBATNYA KALAU MENGABAIKAN ADAB2 KETIKA MAKAN...
NABI DAH PESAN...
MAK PUN DAH PESAN...
TIME MAKAN ELAKKAN BERCAKAP...
INI PULAK KETAWA BERDEKAH-DEKAH...
KE NAK SALAHKAN KAMBING?...
JANGAN...KOME DAH BANYAK MENJADIKAN KAMBING SEBAGAI MANGSA KOME...
KAMBING ALTANTUYA...KAMBING JET...INGAT LAA JASA KAMBING
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai dikejarkan ke hospital07/07/2010 7:33pm


KUALA LUMPUR 7 Julai – Ahli Parlimen (MP) Sibuti, Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serba Guna Parlimen.

MP Tangga Batu, Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata, pada mulanya, Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli-Ahli Parlimen yang lain.

"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli-Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini.

Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulans dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.

Idris berkata, Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan