nuffnang

14 Julai 2010

SAMAN LAA CEPAAAAAAAAT..

CNN Kata Anwar Tak Bayar Untuk Muncul Dalam Programnya

TAK PERLU NAK TUNGGU LAMA-LAMA...
SAMAN SAJA...KALAU TAK NAK SAMAN PUN TAKPE...
TAPI MEREKA HARUS DIDENDA...
DENDANYA IALAH SURUH MEREKA PAKAI TAG BESAR KAT BADAN BERTULIS
"SAYA BODOH BAHASA INGGERIS"..TULIS BESAR-BESAR...PAKAI SELAMA SEBULAN...
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World" adalah rekaan semata-matanya.

Jurucakap CNN Selasa melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.

Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini.

Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian yang baik dengan media.



-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan