nuffnang

16 Julai 2010

ORANG MISKIN JANGAN BANYAK CAKAP..KAMI ORANG KAYA TERBEBAN DENGAN EKONOMI..ORANG MISKIN KAMI YG PUNYA!!

Kerajaan diminta pantau para peniagaKUALA LUMPUR 15 Julai – Penganalisis ekonomi berpendapat, pelarasan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula tidak akan membebankan rakyat atau mewujudkan suasana panik.

Malah, bagi mereka, pelarasan subsidi adalah perlu memandangkan pelaksanaannya tidak mencapai matlamat untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mansor Jusoh berkata, ketika ini subsidi sebenarnya hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi kerana kuasa beli yang tinggi.

Malah katanya, pelarasan harga tidak akan mengganggu trend perbelanjaan atau membebankan rakyat negara ini.

“Sebaliknya, pelaksanaan subsidi selama ini hanya mengganggu kestabilan pasaran di Malaysia. Kenaikan harga yang berlaku selepas subsidi ditarik telah menggambarkan sendiri ia merosakkan pasaran.

“Barang kali penjimatan daripada subsidi ini seharusnya digunakan bagi membantu golongan miskin yang menerima tempias akibat berlakunya kegagalan pasaran (kenaikan harga),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan hari ini memutuskan, harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan 5 sen dengan harga baru iaitu RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter bagi semua sektor berkuat kuasa esok.

Harga LPG pula akan diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON 97 diapung secara terkawal memandangkan kerana ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Selain itu, harga gula diselaraskan 25 sen berbanding harga asal RM1.65 sekilogram menjadi RM1.90 sen sekilogram.

Mengulas lanjut, Mansor tidak menafikan penyelarasan harga itu bakal mengundang rasa tidak senang rakyat padahal mereka sanggup menghabiskan duit untuk perkara yang tidak begitu penting.

Katanya, sehubungan itu rakyat perlu memahami keburukan pemberian subsidi terutama apabila rakyat asing turut menikmati kemudahan tersebut.

Tambah beliau, ia tidak termasuk dengan kes penyeludupan membabitkan barang-barang yang disubsidikan oleh kerajaan.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Amir Hussin Baharuddin pula mahu kerajaan memantau golongan peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan atau perkhidmatan.

“Apa yang pasti mesti ada peniaga yang akan menaikkan harga atas alasan tertentu.

“Maka kerajaan, perlu bertindak tegas terutamanya terhadap golongan yang suka menaikkan harga sesuka hati,” ujarnya.

Jelasnya, pelarasan harga tersebut bakal memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah golongan kurang berada.

“Saya harap kerajaan mencari jalan bagi mengimbangi semula beban yang bakal dipikul mereka,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan