nuffnang

14 Jun 2010

DIA MEMANG MAHAFIRAUN!! PEMBODOH MELAYU ABAD KE 21


Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik - Dr. Mahathir
14/06/2010 9:39pm-utusan


KUALA TERENGGANU 14 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam.

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutama Pas berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam.

"DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar Pas, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak.

"Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (Pas) kata yang ini saja tak boleh," katanya. - Bernama







SEKARANG CYBORG INI MULA DEDAHKAN DIRI TENTANG AGAMANYA...
BILA DIKATAKAN POLITIK DAN AGAMA ADALAH BERSAMA, DIA KATA TIDAK...
MAKA DENGAN SEWENANGNYA SEKARANG DIA KATAKAN BANTAHAN JUDI ADALAH SEBAB POLITIK...
AKU SENDIRI TAK FAHAM MACAMANA BANTAHAN YG DIA NAK SELARI DGN AGAMA MAHAFIRAUN INI..
KERANA HUDUD YG NAK DILAKSANAKAN OLEH PAS DIKATAKAN HUDUD PAS...
TAPI TAK PULA MUNCUL2 MACAMANA HUDUD UMNO....

MEMANG BENAR DAP JUGA MENENTANG JUDI BOLA NI...
KERANA DALAM DAP ADA ORANG ISLAM...
PASTU PULAK AGAMA MANA YG BENARKAN PENGANUTNYA BERJUDI?....

MEMANG BENAR JUDI TAK HARAM BAGI CINA...
KERANA HARAM ITU BUKAN BAHASA CINA...

UMAT MELAYU SEKALIAN,
INILAH PEMBODOH UTAMA ORANG MELAYU...
DIA MENDIDIK OTAK MELAYU SUPAYA TAK BERFIKIR...
SEDAR2LAAA MELAYU...

1 ulasan: