nuffnang

21 Jun 2010

PATUT LAA KAMBING JADI MANGSA


BANYAK KES YG MENJADI TANDA TANYA, AKHIRNYA KAMBING JADI MANGSA...
KAMBING PULAK BUKAN SEBARANG...
KAMBING HITAM...
KES ALTANTUYA...
KES ENJIN JET...
KES KAPAL TERBAKAR...
RUPANYA MASALAH IALAH TAK MAU ADA PRK...
FORZA MALAYSIA!!!








Kes Tian Chua: Hakim Tolak Pilihan Raya Kecil 21 June 2010 12:47 PM
Filed Under: Mahkamah, Pilihanraya Kecil, TIAN CHUA |0 comment


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha memaklumkan kepada peguam Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini bahawa beliau mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Ghazali bagaimanapun mengekalkan keputusan mendenda Tian Chua RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis tiga tahun lalu.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Ahli Parlimen itu berkata, hakim memberitahunya bahawa beliau enggan pilihan raya kecil diadakan kesan keputusannya itu.

"Status Tian Chua sebagai Ahli Parlimen kukuh seperti batu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ghazali mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak peguam dan timbalan pendakwa raya di kamarnya.

Namun Tian Chua tidak terlibat dengan pertemuan berkenaan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara enam bulan ke atas Ahli Parlimen Batu itu kerana mencederakan anggota polis pada 2007.

Ghazali turut mengurangkan jumlah hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah didapati bersalah mencederakan anggota polis pada 11 Disember 2007.

Tian Chua, 47, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen di sini pada 10.45 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 2008, Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu menewaskan calon Barisan Nasional dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi - mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan