nuffnang

30 Jun 2010

TIADA APA YG PERLU DIBIMBANGKAN

BUKAN SALAH KERAJAAN...
KERAJAAN SIBUK NAK URUS EKONOMI...
BUKAN SALAH MAK BAPAK...
MAK BAPAK SIBUK NAK CARI DUIT UTK BAYAR CUKAI DAN TAMPUNG HARGA BARANG YG DINAIKKAN KERAJAAN....
BUKAN SALAH ULAMAK 40...
KAMI BARU MASUK...KAMI LIHAT UMNO SAJA YG BERJUANG UTK AGAMA...
JADI KAMI MASUK...KAMI NAK BERDAKWAH TENTANG EKONOMI ISLAM KEPADA UMNO...
BUKAN SALAH CIKGU...
KAMI DARI PAGI SAMPAI PETANG KAT SEKOLAH...
BUKAN SALAH POLIS...
KAMI MANA ADA MASA NAK PANTAU NI...MANA NAK CARI BUKTI LIWAT ANWAR, NAK REKOD CERAMAH MAT SABU, NAK PANTAU PERMIT CERAMAH PAKATAN RAKYAT...
BUKAN SALAH JABATAN AGAMA...
KAMI MENEKANKAN PARDU AIN...RAKYAT PERLU BERBARIS MASA MAULIDUR RASUL..KALAU TAK KAMI BERDEMO...SALAHKAN LAA KERAJAAN...





MAKA BEGITU LAA PUSINGANNYA...
MAKA ANAK LUAR NIKAN MAKIN BERTAMBAH SEBAB KEBODOHAN UMAT DUIT!!!
BACA LAA BERITA2 DIBAWAH UTK MENGETAHUI KISAH KEBOBROKAN PUAK2 INI YG AKHIRNYA BERJANNGKIT KEPADA RAKYAT2 YG NIPIS IMANNYA


Buang atas daun pisang
2010/06/30 RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain di bandar ini bagaimanapun menjerat dirinya sendiri apabila dia ditahan polis selepas seorang penduduk membuat laporan mengenai penemuan bayi berkenaan yang masih bertali pusat sejam selepas bayi itu ditinggalkan di belakang rumahnya, kira-kira jam 10 pagi.
Ketika ditahan, remaja berkenaan berada dalam keadaan lemah dan letih dipercayai kerana baru melahirkan anak dalam sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di kawasan sama.
Difahamkan, remaja terbabit menumpang di rumah ibu saudaranya di sini selepas dia didapati mengandung hasil hubungan seks dengan teman lelakinya yang dikenali sejak Oktober tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, mereka dikatakan sudah dua kali melakukan persetubuhan haram.
Bagaimanapun, sejurus mengetahui remaja itu mengandung, teman lelakinya yang selama ini dikatakan hanya mengambil kesempatan selepas menabur janji dan ungkapan cinta, menghilangkan diri.
Difahamkan, teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkan kehidupan remaja terbabit terumbang-ambing sebelum dia mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudaranya.
Remaja dari Taman Puchong Permai, Puchong, dekat sini itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya untuk mengelak jiran mengetahui dia mengandung.
Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang penduduk selepas dia mendengar tangisan ketika melalui kawasan berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan laporan itu, anggota Unit Peronda Polis (MPV) Rawang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit masih hidup dan cukup sifat.

“Hasil siasatan dan beberapa maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit kira-kira jam 11 pagi.

“Suspek ditahan di rumah ibu saudaranya yang berusia 40-an,” katanya.
Menurutnya, ketika ditemui bayi malang itu dalam keadaan sihat dan tidak ada kesan lebam atau luka di badannya kecuali hanya sedikit kesan gigitan serangga.

“Kami percaya bayi itu hasil hubungan terlarang suspek bersama teman lelakinya yang dilahirkan di rumah saudaranya itu dan polis tidak menolak kemungkinan ada individu lain membantu membuang bayi terbabit.

“Polis akan mengambil keterangan ibu saudara suspek yang berkemungkinan besar bersubahat dalam kes pembuangan bayi itu dan gerakan mengesan teman lelakinya dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, manakala bayi dan suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan berikutan bimbang terdapat kecederaan dalaman pada bayi terbabit.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan remaja terbabit kurang bergaul dengan penduduk di kawasan itu dan beberapa jiran memaklumkan mereka pernah ternampak suspek, namun tidak mengetahui yang dia mengandung hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.







Wanita lari separuh bogel elak diperkosa 10 lelaki


2010/06/30 GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.

Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.


“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.


“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.

Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.
Menurut sumber, 10 minit kemudian, sepasukan anggota polis tiba dan menyelamatkan remaja itu daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian sebelum dibawa ke Hospital Gerik (HG) dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
“Mangsa mengaku kenal teman lelakinya sebulan lalu dan kali pertama melakukan hubungan seks,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan