nuffnang

13 Jun 2010

WARF!!!WARF!!!...KAING...KAING

DULU GARANG MENYALAK...ISMAIL : SAYA TAK AKAN TUNDUK UGUTAN PENIAGA RUNCIT – bernama

Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit untuk barangan kawalan berkuat kuasa 1 Julai ini walaupun Gabungan Persatuan Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia hari ini mengugut untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula minyak masak dan tepung gandum.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian telah banyak berkompromi dan bersetuju dengan segala permohonan persatuan berkenaan sebelum ini.

“Kita telah bersetuju dengan permintaan mereka minta cepatkan proses permohonan lesen mansuhkan pembayaran RM10 untuk lesen dan tangguh kuat kuasa 15 Jun kepada 1 Julai kerajaan dah banyak berkompromi.

“Tujuan kita bukan kerana duit tapi untuk pantau tiga peringkat ini pengilang pemborong dan peruncit supaya masalah ketirisan gula tak berlaku sehingga timbul masalah kepada pengguna ” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini.
]
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan persatuan itu untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini jika kerajaan menguatkuasakan Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 untuk menjual barangan itu.

Ismail Sabri berkata banyak pihak yang boleh dibenarkan dan berminat menjual barangan itu sekiranya persatuan berkenaan tetap dengan pendirian mereka untuk memboikot jualannya.

“Hypermarket dan supermarket akan jual gula mungkin kita akan benarkan stesen minyak yang ada kiosk untuk jual gula kedai koperasi Fama pasar tani dan persatuan peladang juga boleh jual gula.

“Saya juga akan bawa kepada Kabinet sekali lagi untuk membuka pasaran import gula ” katanya.

SELEPAS DIUGUT PENAJA UTAMA UMNO APCO IAITU TOKEI2 CINA, BEGINI PULA NADANYA...
KERAJAAN LONGGAR SYARAT LESEN RUNCIT BARANGAN KAWALAN - mStar






Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit bagi barangan kawalan berkuatkuasa 1 Julai ini dengan melonggarkan syarat pelaksanaan lesen barangan itu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, menerusi langkah itu semua peniaga tidak perlu lagi merekodkan semua transaksi penjualan seperti sebelum ini, bagaimanapun, urusan pembelian daripada pemborong perlu dilakukan sebaik memiliki lesen berkenaan.

"Tiada niat untuk menyusahkan atau membebankan mana-mana pihak, sebab kitatelah menghapuskan kerenah birokrasi termasuk memansuhkan syarat penyediaan rekod pembelian dan penjualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen dan ekspo jualan langsung anjuran kementerian di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, KPDNKK mempertimbangkan segala permintaan dan rungutan beberapa pihak bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan selainmengawal ketirisan ke atas barangan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

JADI KEPADA MALAYSIAN, TERUTAMANYA MELAYU...
TAKKAN TAK TAHU LAGI SAPA YG KONTROL MALAYSIA...
BUTA PERUT KE...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan