nuffnang

04 Jun 2010

TUGAS HAKIKI UNTUK NAIK GAJI

LAWAN ZIONIS TEMPATAN






PRESIDEN PAS, ANWAR , KIT SIANG SERTAI DEMO LEPAS JUMAAT – harakah daily

(Harakahdaily) - Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Kedutaan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan hadir bersama.
Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banneryang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.
Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.


PASTU ADA PULAK ZIONIS TEMPATAN YANG BERUSAHA UNTUK NAIK GAJI
JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ESOK – KETUA POLIS KUALA LUMPUR - melayau

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur,Muhammad Sabtu Osman berkata, polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

KENAIKAN GAJI POLIS HANYA UNTUK INI...UNTUK MENGHALANG PUAK PAKATAN BUAT APA SAJA PERHIMPUNAN...PAKATAN ANJUR DEMO BANTAH JUDI, HALANG....DEMO ANTI ZIONIS, HALANG...
TUDUHAN?...BIASA LAA...TAKDE PERMIT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan