nuffnang

16 Jun 2010

STEVIA UNTUK DIJUAL

Pokok Stevia Belum Disyor Tanam Secara Komersial
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Katanya ini kerana varieti stevia yang benar-benar sesuai belum ditemui sungguhpun enam aksesi berpotensi daripada 68 aksesi yang dibawa masuk dari serata dunia telah disenaraipendekkan.

Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

"Masalah utama penanaman stevia di Malaysia iaitu tanaman ini berbunga terlalu awal dalam keadaan waktu siang yang kurang daripada 13 jam seperti di Malaysia.

"Ini menyebabkan stevia terpaksa dituai sehingga 12 kali setahun berbanding satu ke dua kali di negara-negara iklim sederhana. Penuaian yang kerap ini menyebabkan pengeluaran stevia di Malaysia tidak kompetitif dari segi kos," katanya dalam jawapan bertulis kepada Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) di Dewan Rakyat Rabu.

Noh berkata akibat kutipan hasil yang awal kandungan bahan pemanis dalam pokok stevia juga didapati kurang, selain teknologi bagi pembiakan tanaman yang efektif masih sedang diperkemaskan.

Beliau berkata Mardi telah menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tersebut yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan di mana orang asli Guarani di situ telah lama menggunakannya untuk memaniskan minuman ubatan yang pahit.

Noh berkata stevia mungkin selamat diguna oleh pesakit diabetes, untuk mengurangkan berat badan dan tidak akan menyebabkan kerosakan gigi selain ia merupakan satu pemanis semulajadi tidak seperti pemanis rekaan seperti aspartame dan saccharine kerana tidak menyebabkan kesan sampingan yang buruk.

"Mardi telah memulakan penyelidikan yang mendalam ke atas tanaman ini mulai tahun 2004, di mana penyelidikan itu memberi fokus kepada teknologi huluan kerana dari segi pemprosesan, kilang yang berkenaan telah wujud di Malaysia," katanya.

Beliau berkata antara aspek penyelidikan utama ialah pemilihan varieti, amalan agronomi, kawalan musuh dan penyakit, mekanisasi ladang dan pengendalian lepas tuai.

"Sungguhpun banyak teknologi telah diwujudkan, stevia masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di masa sekarang," katanya.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. ORANG RAMAI KENA BERHATI-HATI JANGAN DITIPU DENGAN PENANAMAN STEVIA DENGAN CARA MELABUR WANG, LADANG STEVIA KECIL JE....TAPI KUTIP DUIT ORG RAMAI BERJUTA......AMBIL DUIT ORG BARU BAGI KEPADA ORG LAMA......HATI-HATI JGN DITIPU DGN SKIM PENANAMAN STEVIA......JADI MCM TANAM...DUIT..

    BalasPadam